30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

PM umum imbuhan tetap penjawat awam dalam dua minggu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap penjawat awam dalam tempoh dua minggu lagi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, imbuhan tersebut penting kerana penyelarasan skim gaji penjawat awam mengambil masa berbulan-bulan untuk dilaksanakan.

“Sedikit sebanyak penyesuaian imbuhan tetap itu akan saya cuba umumkan dalam tempoh seminggu dua. 

Pelarasan gaji kerana Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kata pelarasan gaji kena tunggu lima hingga enam bulan. Jadi mana yang boleh lakukan sedikit dulu kita buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna Madani Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian hari ini.

Advertisements

Turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama pelarasan skim gaji itu minggu depan.

“Dan mereka sudah siap kertas awal. Minggu depan saya akan umum beberapa isu imbuhan tetap, kita dah beberapa bulan kaji. 

“Yang lambat nak luluskan itu Kementerian Kewangan. Umum-umum nanti bocor, defisit lagi. Dan akan dimulakan kajian mengambil masa beberapa bulan minima untuk meningkatkan skim (gaji penjawat awam) keseluruhannya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan