25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UMNO Kemaman sumbang katil kepada Puteri Nuralysha

Mesti Baca

UMNO tidak pernah gagal dalam membantu rakyat terutama mereka yang amat memerlukan sejak dahulu sehinggalah ke hari ini.

Pantang ada golongan yang susah dan memerlukan bantuan, parti itu akan sentiasa berusaha membantu mereka biarkan dalam keadaan tidak lagi menguasai kerajaan negeri.

Terbaharu UMNO Kemaman segera menghulurkan bantuan katil kepada adik Puteri Nuralysha Qaisara Mohd Hazrin yang selesai menjalani pembendahan jantung berlubang.

Menurut ibu Puteri Nuralysha, Norhatini Mukhtar, anaknya perempuannya itu memerlukan katil yang boleh dilaras memandangkan dia terpaksa tidur dalam keadaan menegak.

Advertisements

“Sekarang keadaan anak saya sudah stabil, pembedahan berjaya, tidak ada air dalam paru-paru, lubang jantung sebelah kiri sudah tertutup, jantung sebelah kanan yang bengkak akan kembali normal,” katanya menerusi media sosial.

Puteri Nuralysha ketika menjalani rawatan sakit jantung.

Mendengar masalah yang dihadapi, UMNO Kemaman diketuai oleh Naib Ketuanya, Hisham Zubir telah menghantar sebuah katil boleh laras ke kediaman Norhartini di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman bagi kegunaan adik Puteri Nuralysha.

Hadir sama, Timbalan Ketua Urusetia UMNO DUN Kemasik, Abdul Nasir Mohamad dan Ketua Pemuda UMNO DUN Kemasik, Mohd Safwan Mohd Kamal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan