25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Wanita pandu berbahaya punca ‘abang sado’ berang

Mesti Baca

TINDAKAN wanita yang memandu Perodua Myvi secara berbahaya didakwa menjadi punca seorang lelaki berang dan menunjal kepala pemandu wanita terbabit.

Menurut laporan yang dibuat oleh lelaki berkenaan, wanita tersebut telah memotong Proton Pesona yang dipandunya sedangkan pada masa itu ada kenderaan lain datang dari arah hadapan.

Kejadian itu berlaku di Jalan Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak iaitu di laluan berbukit, semalam.

Lelaki itu berkata, ekoran cara pemanduan wanita berkenaan menyebabkan dia terpaksa mengelak dan hampir masuk gaung di kiri jalan.

Katanya, dia telah memandu kenderaan berkenaan sehingga ke Lata Iskandar dan berjumpa dengan wanita tersebut.

“Untuk makluman, dalam kenderaan saya juga ada anak kecil berusia 2 tahun dan isteri yang hamil 8 bulan.

“Tindakan pemandu Myvi mengancam nyawa kami sekeluarga memandangkan jalan di Cameron Highlands tidak sesuai untuk memotong kerana jalan sempit dan berliku,” katanya sepertimana laporan yang dibuat kepada pihak polis.

Laporan tersebut tular dalam media sosial susulan penularan rakaman video lelaki tersebut yang menunjal kepala wanita berkenaan.

Advertisements

Lelaki berkenaan dilapor telah direman susulan kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial mendakwa berada di belakang Myvi wanita berkenaan dan mengesahkan pemandu tersebut memandu dalam keadaan berbahaya.

“Kami ada di belakang kereta Myvi biru ini semalam. Kami elak nyaris masuk gaung semalam. Kereta Alza depan mengelak sampai dekat bukit. Myvi viru VAF,” kata pengguna akaun Eliena Elin.

Perintah reman bermula Rabu sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Tapah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera serta Seksyen 506 dan 509 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah dan perbuatan mengaibkan kehormatan.

Terdahulu, lelaki berkenaan yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai penyelia kilang itu diberkas di Serdang, Selangor.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan ke atas lelaki itu dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan