30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kluster gantung, pecat UMNO… Terimalah realiti

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh AZIZI MAJID

SUDAH-SUDAHLAH peduli soal parti orang, mat. ‘Demo’ pun dah pilih parti baharu maka sebaiknya jagalah parti ‘demo’. Tak usahlah duk ulang-ulang cerita lama.

Benda dah berlalu dan sekarang ini Zahid dan Anwar sudah berganding dalam Kerajaan Perpaduan. Orang UMNO sudah menerima keadaan ini.

Kalau betul ada gerakan Zahid nak naikkan Anwar sebagai Perdana Menteri sebelum ini, orang UMNO sudah boleh terima daripada mengorbankan UMNO kepada Bersatu yang kita semua tahu niat di sebalik penubuhannya.

Orang UMNO masih tidak lupa bagaimana pemimpin Bersatu beriya-iya mahu kalahkan UMNO kerana ingin menggantikan parti keramat itu.

Mereka tubuh Perikatan Nasional (PN) pun kerana mahu menggantikan Barisan Nasional (BN). Parti ciplak UMNO dan BN semata-mata.

Orang UMNO juga tidak lupa bagaimana bongkaknya Muhyiddin yang mendakwa UMNO sudah terkubur padahal realitinya parti itu kekal utuh dan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-15 lalu.

Kluster ‘pecat dan gantung’ UMNO

Persetan dengan dakwaan UMNO menumpang kasih daripada PH untuk jadi kerajaan kerana Bersatu dapat bentuk kerajaan selepas PRU-14 pun disebabkan menumpang kasih di bawah PH.

Malah mereka rela mengorbankan diri dengan menjadi sebahagian daripada parti PH ketika memasuki PRU tersebut. Begitu juga Pas ketika bersama Pakatan Rakyat (PR) semasa memasuki PRU tahun 2008 dulu.

Berbeza dengan UMNO yang bekerjasama dengan PH di bawah kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat selepas PRU-15.

Advertisements

Ketika itu tiada parti yang berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan maka selepas dilamar secara rasmi oleh PH, maka UMNO dan BN bersedia disandingkan dengan parti itu.

PN? Mereka cuba main belakang dengan menarik sokongan 10 Ahli Parlimen daripada UMNO untuk bentuk kerajaan sendiri.

Ibarat cuba melarikan anak dara orang di tengah malam, PN terutama Bersatu dan Pas kini menyerang secara berterusan konon UMNO sudah menjadi kuda tunggangan DAP dalam PH.

Walhal UMNO tidakpun menyertai PH sepertimana dilakukan oleh Bersatu dan Pas yang masing-masing secara rasmi menjadi parti, bertanding atas logo ‘Harapan’ dan ‘mata lebam’ sebelum ini.

Kepada kluster-kluster dipecat dan digantung UMNO (meminjam kata-kata Puad Zarkashi) jagalah parti baharu masing-masing elok-elok.

Jangan pula lepas ini anda semua menjadi duri dalam daging kepada parti baharu semata-mata kepentingan politik peribadi.

Cukup-cukuplah merosakkan UMNO dengan usaha menjual parti kepada Bersatu. Kita semua tahu niat di sebalik semua itu.

Penulis percaya langkah UMNO bekerjasama dengan PH di bawah Kerajaan Perpaduan itu adalah lebih baik berbanding bersama Bersatu dan Pas dalam PN.

Lagi pun niat mereka nak bubarkan UMNO dan menjadikan Bersatu parti Melayu yang dominan. Cita-cita mereka itu tidak akan tercapai selagi masih ada parti Keramat Melayu bernama UMNO!

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan