27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tak guna memimpin negara kalau hidung dicucuk!

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

AKU setuju dengan pandangan Ismail Sabri bahawa UMNO sepatutnya menjadi parti yang memimpin dan bukannya dipimpin.

Dan aku juga bersetuju bahawa UMNO sepatutnya menjadi parti yang menerajui negara dan bukan sekadar menumpang kepada kerajaan hari ini.

Itu kalau UMNO menang dalam pilihan raya atau miliki jumlah kerusi terbanyak dalam Parlimen.

Namun dalam keadaan sekarang apakah UMNO boleh memimpin ketika mereka hanya memiliki 30 kerusi di Parlimen?

Mungkin Ismail Sabri masih hanyut dibuai kenangan ketika menjadi Perdana Menteri bagi UMNO yang ketika itu menumpang kepada parti lain – Perikatan Nasional (PN).

Bahkan para pemimpin PN juga acap kali mendakwa pelantikan beliau sebagai PM atas ihsan mereka yang mempunyai jumlah kerusi lebih banyak berbanding UMNO.

Ismail Sabri mungkin tidak sedar kalau beliau sendiri menjadi Perdana Menteri kerana dipimpin dan bukannya memimpin.

Andai beliau sebagai seorang PM yang memimpin, sudah pasti pihak lawan tidak mempunyai kesempatan untuk membina kekuatan terutama segi kewangan bagi berdepan PRU-15.

Beliau mungkin tidak sedar kerana kelembutan hatinya terhadap PN, parti itu berjaya membina kekuatan yang kemudian digunakan secara besar-besar untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sekarang ini setelah UMNO dan BN mengalami kekalahan lebih teruk dalam PRU-15 lepas, beliau cuba menuding jari kepada orang lain.

Sepatutnya beliau muhasabah diri bagaimana parti lawan boleh membina kekuatan mereka ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Apa yang sudah dilakukan atau apa yang beliau tidak lakukan?

Advertisements

Ismail Sabri mendakwa sebagai PM beliau banyak menerima laporan mengenai kedudukan partinya sendiri, tetapi apakah segala laporan yang diterima dilaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO?

Apakah Presiden UMNO ‘lekeh’ sangat sehingga menerima bulat-bulat andaian yang dibuat Setiausaha Agungnya sekiranya benar Ahmad Maslan sekadar berandaian tanpa ada fakta dan statistik ketika mendesak pembubaran Parlimen selepas kemenangan besar BN di Melaka dan Johor?

Ismail Sabri orang lama dalam politik dan beliau sudah tentu faham benar selok-belok politik apatah lagi dalam soal pembinaan kekuatan parti dengan mengambil kelebihan sebagai kerajaan.

Usahlah berkeluh-kesah sekiranya UMNO terpaksa mencari lawan untuk berganding bahu bersama untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Atau risaukan kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya terdapat DAP, musuh politik orang Melayu turun temurun.

Sebaliknya Ismail Sabri perlu merenung kembali apa yang berlaku sepanjang beliau dipimpin ketika berada bersama kerajaan PN atau ketika menjadi PM.

Banyak perkara yang dituntut oleh UMNO tidak diendahkan kerana terlalu setia dengan pemimpin parti lain yang akhirnya menjadi lawan dalam PRU-15.

Mungkin juga tindakan beliau itu dengan harapan UMNO dan BN akan bersama-sama Bersatu dan PN dalam PRU maka peluang baginya untuk kekal sebagai PM dapat tercapai.

UMNO sudah menggadaikan maruahnya kepada Bersatu pada 2020 lalu demi kepentingan negara dan rakyat.

Dan kali ini UMNO terpaksa bersama PH dan DAP juga demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat.

Lalu apa bezanya UMNO pada hari ini yang bersama-sama PH membentuk Kerajaan Perpaduan dengan UMNO ketika bersama Bersatu dan Pas dalam kerajaan PN?

Apakah cukup jika pemimpin UMNO menjadi seorang Perdana Menteri walaupun terpaksa dicucuk hidung asalkan memimpin kerajaan?

Atau menjadi parti yang dipimpin untuk kembali bangkit membentuk kekuatan sendiri?

Fikir-fikirkanlah…

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan