26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Melayu, Islam perlu angkat Pas teras perjuangan ummah

Pemimpin UMNO telah menodai mandat rakyat dan kehendak majoriti dengan melarikan sokongan melalui pelbagai manipulasi dan muslihat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa mahu orang Melayu dan Islam mengangkat Pas sebagai teras utama perjuangan ummah memandangkan parti itu mempunyai prinsip perjuangan yang lebih luhur dan berterangkuman.

Menurut beliau, ini kerana UMNO yang selama ini menjadi penyatu orang Melayu dan Islam didakwa sudah tidak lagi memainkan peranan tersebut.

“Orang Melayu dan umat Islam perlu segera disatupadukan dibawah panji-panji perjuangan yang lebih istiqamah dan lebih jujur menjunjung agama, bangsa dan negara.

“Pilihan raya adalah Pas. Bersatulah wahai kaum muslimin dan pribumi bersama rakan dan sahabat kita pelbagai kaum dan bangsa dlm negara tercinta.

“Bersama kita membawa keadilan dan kesejahteraan buat semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dipecat keahliannya daripada parti dan kemudian menyertai Pas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Beliau mendakwa, pemimpin UMNO telah menodai mandat rakyat dan kehendak majoriti dengan melarikan sokongan melalui pelbagai manipulasi dan muslihat untuk memberi sokongan kepada parti sokongan minoriti berideologi sosialis dan liberal, dan membiarkan perpaduan dan muafakat majoriti peribumi berkecai.

“Tindakan ini yang semakin melumpuhkan UMNO, serta menjadikan UMNO semakin tidak releven dan tidak lagi mempedulikan asas perjuangannya, tetapi menjadi alat kepentingan individu tanpa mempedulikan perasaan dan harapan orang Melayu yang menyokongnya.

Advertisements

“Tidak syak lagi, UMNO pimpinan semasa, telah belot kepada perjuangan dan lari dari tanggungjawab memimpin perpaduan dan penyatuan orang melayu.

“UMNO memilih menjadi sekadar murid bukan guru, menjadi pengikut dan pelengkap. King Maker kepada sosialis dan liberal bukan lagi pemacu nasionalisme Melayu dan Islam,” ujar beliau.

Sungguhpun begitu, Annuar berkata, beliau memanjatkan kesyukuran kerana diberi kekuatan untuk terus berjuang walaupun dibuang oleh Presiden UMNO.

“Alhamdulillah.. Kepada Allah saya panjatkan kesyukuran kerana memberikan saya kekuatan dan iltizam untuk terus berjuang demi Agama Bangsa dan Negara, meskipun dibuang oleh Presiden UMNO.

“Semangat saya tidak luntur memperjuangkan aspirasi untuk melihat rakyat kaum Pribumi, menerusi wadah politik orang Melayu dan Islam memimpin perpaduan dan muafakat dalam membina negara bangsa yang berbagai kaum dan menjadikan negara sebuah negara yg harmoni sejahtera dan dirahmati.

“Saya menghargai aspirasi rakyat saperti yang dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) dimana sokongan kuat diberikan kepada parti parti Pribumi saperti PAS, BERSATU, GPS, GRS DAN UMNO sehingga mendapat cukup bilangan membentuk kerajaan pimpinan parti-parti Peribumi.

“Gabungan parti ini semuanya menolak parti haluan sosialis dan liberal seperti DAP dan PH (Pakatan Harapan),”katanya.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu telah sah menjadi ahli PAS dan menerima serahan sijil keahliannya sempena Ceramah Perdana Perikatan Nasional di Senawang, Negeri Sembilan malam tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan