25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis buru individu ugut Ketua Polis Pulau Pinang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu suspek yang menghantar surat amaran dan ugutan yang ditujukan kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis menggerakkan tiga jabatan termasuk Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) digerakkan bagi mengesan suspek.

“Polis memandang serius perkara ini. Siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi/tanpa nama.

“PDRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengugut dan mengancam pegawai PDRM dalam menjalankan tugas memerangi kegiatan haram serta jenayah di negara ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Acryl Sani berkata, PDRM menerima satu laporan mengenai sepucuk surat amaran dan ugutan yang dialamatkan kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Katanya, surat layang yang dimasukkan ke dalam sampul surat itu diterima pada 1 Jun lalu melalui Pos Malaysia.

Ujar beliau, pemeriksaan awal mendapati terdapat enam keping replika wang kertas ‘duit mayat’ dan sekeping nota berbentuk amaran agar Polis Kontinjen Pulau Pinang menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen di negeri berkenaan.

“Turut dinyatakan nota berunsur ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Pulau Pinang dan akan membalar kedai serta balai polis sekiranya amaran berkenaan tidak diendahkan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan