28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bot nelayan ditahan guna peralatan dilarang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan kerana kerana menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, bot itu ditahan di kedudukan 14.5 batu nautika barat laut  Pulau Tanjung Nosong, Labuan sekitar pukul 9.40 pagi tadi.

Katanya, penahanan dibuat ketika kapal Maritim Malaysia sedang dalam rondaan dan pemeriksaan rutin terhadap bot nelayan dalam Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Khas Naga Timur.

“Hasil pemeriksaan dan geledah mendapati bot berkenaan telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 dengan menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan seperti Spear Gun buatan sendiri dan lain-lain lagi,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Selain tu, Nudin berkata, kru bot nelayan terdiri daripada lima warga tempatan termasuk tekong dan seorang warga Filipina yang berumur dalam antara 18 hingga 47 tahun. 

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen. 

“Bot serta kru bersama-sama peralatan menangkap ikan ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan