30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Mahkamah Perancis putus tuntutan Sulu esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Perancis akan memutuskan esok sama ada sebahagian penganugerahan dituntut oleh kumpulan Sulu terhadap Malaysia bakal dikuatkuasakan.

Sekretariat Khas Tuntutan Sulu dalam kenyataan berkata, Malaysia akan terus mengambil segala langkah aktif bagi mengukuhkan lagi imuniti kedaulatannya.

Katanya, ia termasuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam usahanya memastikan timbang tara dihormati di peringkat antarabangsa berhubung tuntutan kumpulan yang mendakwa waris kepada Sultan Sulu.

Sekretariat berkata, ini termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang didapati memberikan sokongan material, secara langsung atau tidak langsung, kepada pihak yang menuntut atau kepada mana-mana pihak bersekutu dalam timbang tara terhadap Malaysia.

“Kerajaan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membela mana-mana pegawai awam Malaysia yang melaksanakan tugas mereka dengan betul, termasuk peguam negara, dalam hal ini,” katanya.

Advertisements

Pada 3 Jun, kerajaan menafikan sepenuhnya dan tanpa had segala dakwaan dalam surat dihantar oleh Paul H Cohen, peguam kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut kumpulan Sulu), kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Surat bertarikh 28 Mei itu diterima AGC pada hari berikutnya.

Menurut AGC, surat itu menuntut kerajaan membuat bayaran segera, sebelum 2 Jun 2023, bagi “award final” yang dikatakan berjumlah USD16.412 bilion (termasuk 10% faedah) bersama USD3,502,394.24 bagi bayaran peguam dan ahli pakar serta USD4,026,592.64 bagi kos timbang tara.

Memandangkan prosiding perundangan masih berjalan, AGC berkata, adalah melampau bagi penuntut membuat tuntutan bayaran bagi award final yang dikatakan itu.

AGC berkata, semua dakwaan Cohen dalam surat itu sama sekali tidak benar dan jelas mengetepikan fakta sebenar tuntutan (oleh penuntut) yang tidak dapat disangkal lagi akan mewujudkan rekod bertulis bagi perkara yang tidak benar, bertujuan untuk digunakan terhadap Malaysia. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan