27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, klinik yang telah dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa.

“Selain itu, 18 klinik kesihatan dan juga 13 klinik pergigian,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Beliau berkata, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif.

“Pasukan berkenaan akan berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.

“Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.

Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Aisha Retno luah rasa melalui Ternoktah

PENYANYI dan pengubah lagu Aishah Retno kembali memukau peminat dengan karya terbaharunya yang sarat dengan emosi dan makna mendalam. Selepas beberapa lagu yang...

Lagi Artikel Berkaitan