27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Ketua Menteri Pulau Pinang menghadap Yang Dipertua 27 Jun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bakal menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak 27 Jun ini bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kon Yeow berkata, DUN dijangka dibubarkan pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita bercadang 27 Jun ini untuk memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama (Tun Ahmad Fuzi) bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan (28 Jun) untuk memberi laluan kepada PRN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Senagin, hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Daripada jumlah itu , sebanyak 37 kerusi dimenanggi Pakatan Harapan (PH) termasuk dua daripada calon Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) yang ketika itu masih bersama mereka.

Sementara itu, dua lagi kerusi masing-masing dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pas.

PRN dijangka diadakan pada Ogos ini membabitkan enam negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu kerana kesemuanya tidak membubarkan DUN ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan