27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tiada ‘warlord’ UMNO Kedah sertai PN – Mahdzir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO Kedah menafikan dakwaan kononnya ada dalam kalangan pemimpin utama parti atau warlord di negeri itu akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan itu hanya persepsi dan mainan propaganda politik yang direka PN untuk meraih sokongan rakyat pada PRN akan datang.

“Setakat ini tidak nampak, tidak ada di Kedah… Saya fikir mana-mana parti politik akan ada musim di mana ada yang keluar parti atau dikenakan tindakan dan mereka bawa diri. 

“Bukan sahaja UMNO pergi ke parti lain, tapi dari parti lain ke UMNO pun ada terjadi. Contohnya, bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menyertai Majlis Ulama UMNO. 

“Jadi, tidak perlu guna persepsi untuk pilihan raya kerana pada akhirnya rakyat akan pilih sama ada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) atau PN” katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Advertisements

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin baru-baru ini berkata, PN akan mengumumkan senarai nama 10 warlord UMNO yang akan menyertai parti dalam gabungan itu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, propaganda warlord dilihat sebagai usaha meraih sokongan beberapa golongan yang akan mengundi pada PRN akan datang khususnya golongan muda.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, adalah sesuatu yang kita tidak dapat elak dan perlu kerajaan yang sama seperti Persekutuan sebab itu kita mahu ‘kalih’ negeri ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai calon parti yang akan bertanding pada PRN, beliau berkata, ia sedang disusun dan akan disiapkan dalam masa terdekat.

“Siap nanti kita akan serah nama-nama calon itu kepada presiden parti. Ada calon muka baharu, muka lama dan juga wanita dan calon terbaik yang akan dipilih nanti,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan