24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Jumlah kes demam denggi meningkat pada ME-24

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu epidemilogi (ME) ke-24 menunjukkan peningkatkan sebanyak 200 kes (7.7 peratus) kepada 2,808 kes berbanding 2,608 kes pada minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan turut memaklumkan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME ke-24 adalah sebanyak 54,139 kes berbanding 21,688 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 32,451 (149.6 peratus).

“Manakala sejumlah 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 15 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2022,”menurut kenyataan itu.

Sementara itu, KKM berkata, bilangan lokaliti hotspot pada minggu ini terus meningkat dengan sebanyak 110 lokaliti hotspot dilaporkan berbanding 95 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Advertisements

“Daripada 110 lokaliti hotspot yang dilaporkan, 84 lokaliti berada di Selangor, 14 lokaliti di WPKL & Putrajaya, masing-masing empat lokaliti di Kedah serta Pulau Pinang, tiga lokaliti di Sabah serta satu lokaliti di Perlis,”katanya.

Dalam pada itu, KKM berkata, bagi survelan chikungunya sebanyak dua kes telah direkodkan pada MEke-24 dan menjadikan Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 137 kes.

“Pemantauan di Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan mendapati jumlah kes demam denggi adalah tinggi dan berpotensi untuk terus meningkat jika tiada tindakan pencegahan dilakukan oleh semua pihak termasuk ahli masyarakat.

“Sebagai langkah proaktif, periksa setiap bekas di dalam dan di luar rumah serta pastikan tiada takungan air untuk nyamuk Aedes membiak,”kata KKM. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan