30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kerajaan sementara tidak boleh umum projek – BERSIH

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu tidak boleh membuat keputusan penting atau umumkan sebarang projek.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, ini kerana kesemua kerajaan negeri berkenaan hanyalah berstatus kerajaan sementara selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Disebabkan fungsi kerajaan sementara adalah untuk memastikan operasi asas kerajaan berjalan sehingga kerajaan baharu dibentuk, kerajaan sementara ini perlu berhenti daripada membuat keputusan penting atau mengumumkan sebarang projek-projek baharu,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, sebarang keputusan atau pengumuman baharu secara demokratik adalah salah serta meragukan dari sudut undang-undang kerana mereka tidak mempunyai kuasa selain penjaga sementara.

“Pejabat setiausaha kerajaan-kerajaan negeri perlu mengeluarkan satu garis panduan kerajaan sementara sebagaimana yang telah dilakukan di peringkat persekutuan.

Advertisements

“Garis panduan tersebut perlu menyatakan Kerajaan Caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang memberi implikasi kewangan serta membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam,”ujarnya.

Tambah kenyataan tersebut, sebarang projek kerajaan negeri yang bakal atau telah terbubar hanya boleh dijanjikan dalam manifesto dan tidak boleh diumumkan sebagai satu ketetapan.

“Bersih menggesa rakyat Malaysia untuk memantau dan mendesak semua kerajaan negeri yang bakal terbubar menghormati asas demokrasi.

“Sekiranya salah laku dibenarkan kerana bias politik, maka semua parti akan berlumba membentuk undang-undang untuk memenangi pilihan raya dengan mengorbankan kepentingan awam,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan