25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jaminan kerajaan stabilkan kewangan Felda 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani perjanjian melibatkan jaminan kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi menstabilkan kedudukan kewangan agensi itu.

Kementerian Kewangan berkata, penstrukturan semula pinjaman agensi tersebut dilakukan melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda.

“Jaminan kerajaan ini dijangka dapat menstabilkan kedudukan kewangan Felda serta menjamin model perniagaan yang lebih mampan supaya terus berupaya mengangkat mobiliti sosial warga peneroka dan generasi baharu Felda.

“Sebahagian besar penstrukturan semula pinjaman Felda ini akan melibatkan pengurangan prinsipal hutang Felda bersama institusi kewangan sebanyak RM7.9 bilion,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kementerian Kewangan berkata, langkah itu akan mengurangkan kos kewangan Felda terhadap kadar faedah yang dikenakan serta membolehkan agensi tersebut memberi pemansuhan 80 peratus hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion yang dilaksanakan pada 2021.

Di samping itu, katanya, kerajaan telah menambah baik tatakelola penyaluran dana kepada Felda dengan melantik Amanah Raya Trustees sebagai pemegang amanah transaksi akaun.

“Ini bagi memastikan pelan transformasi Felda berada di landasan yang tepat serta memenuhi keperluan akauntabiliti dan integriti.

“Kerajaan telah bersetuju memberi jaminan jerajaan kepada Felda pada 2019 bagi membolehkan agensi tersebut melaksanakan pelan pemulihannya di bawah program transformasi Felda yang telah bermula pada 2020 untuk tempoh lima tahun,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan