25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Trafik lebuh raya utama ke utara, Pantai Timur mulai sesak

Mesti Baca

TRAFIK di lebuh raya utama keluar dari Lembah Klang menghala ke utara dan Pantai Timur mulai sesak pagi ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, setakat 9.30 pagi tadi, bagi laluan ke pantai timur, trafik sesak dari Plaza Tol Gombak sehingga ke Genting Sempah dan dari Bukit Tinggi ke Bentong.

“Bagi laluan ke utara pula trafik sesak di Lebuhraya Utara-Selatan dari Tapah ke Gopeng, Gopeng ke Simpang Pulai, Ipoh ke Jelapang dan Terowong Menora ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Advertisements

Jurucakap berkenaan berkata, trafik juga sesak dari Padang Rengas ke R&R Bukit Gantang dan Bukit Tambun ke Plaza Tol Juru.

“Bagi laluan dari ibu kota ke selatan pula trafik masih berjalan lancar dan LLM menjangkakan trafik akan semakin sesak menjelang tengah hari.

“Orang ramai diminta mematuhi cadangan jadual perjalanan balik kampung yang dikeluarkan,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan