34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Kedah dapatkan khidmat Ifedayo, Moses

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun Patrick Omosouyi sah menyertai skuad Kedah Darul Aman bagi separuh kedua musim ini.

Kedah berkata, bekas penyerang Melaka United itu merupakan pemain ejen bebas selepas meninggalkan kelab tersebut akhir musim lepas.

“Kedah dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan Ifedayo sebagai penyerang baharu pasukan Sang Kenari, mencapai persetujuan untuk mengikat kontrak bagi baki musim 2023.

“Ifedayo tidak terikat dengan mana-mana kelab pada tahun ini dan berkontrak sebagai ejen bebas.

“Pemain berusia 32 tahun yang berasal dari Nigeria ini mempunyai kerakyatan Bahrain dan akan didaftarkan sebagai pemain kuota Asia pasukan Sang Kenari,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Ifedayo merupakan pemenang Kasut Emas dua tahun berturut-turut selepas muncul penjaring terbanyak Liga Super bersama Selangor.

Penyerang yang mendapay jolokan ‘King Dayo’ itu merekodkan 38 gol dalam dua musim tersebut dengan 12 gol pada musim 2020 dan 26 gol pada musim berikutnya.

Advertisements

Ifedayo cukup sinonim dengan Liga Malaysia kerana pernah bersama Felda United, Melaka dan Selangor.

“Ini antara faktor pilihan pengurusan memudahkan beliau untuk segera mencari keserasian dengan rakan sepasukan di kem Sang Kenari. Tempoh pendaftaran pemain baharu dibuka semula bermula 5 Julai ini.

Walaupun ini bukanlah kali pertama beliau menjejak bumi hijau kuning dan pernah menjadi duri dalam daging menghampakan ribuan penyokong hijau kuning dengan ketajaman tandukan dan rembatannya

“Kali ini memakai jersi hijau kuning untuk memburu kejayaan baru buat pasukan Sang Kenari,” katanya.

Smeentara itu, Kedah turut mengikat pemain tengah, Moses Atede Jona dari kelab Bahrain, Al-Muharraq Sports Club.

“Pemain berusia 25 tahun ini berasal dari Nigeria mempunyai kerakyatan Bahrain dan akan didaftarkan sebagai pemain tengah kuota Asia pasukan Sang Kenari.

“Moses sebelum ini beraksi dengan Al-Hidd SCC sebelum mula mencipta nama bersama Al-Muharraq SC. Kemuncak kerjayanya adalah sebagai pemenang Piala AFC musim 2021 bersama Al-Muharraq SC,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan