32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Aidiladha: 5.1 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya – LLM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan purata trafik harian di seluruh lebuh raya mampu mencecah sehingga 5.1 juta kenderaan sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pertambahan jumlah kenderaan dijangka akan berlaku secara berperingkat bermula semalam sehingga 3 Julai ini.

“Daripada jumlah tersebut, purata harian trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dijangka akan mencapai sehingga dua juta kenderaan.

“Manakala di Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 masing-masing mencecah sehingga 170,000 dan 60,000 kenderaan sehari,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas membuat tinjauan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil (arah selatan), Lebuhraya ELITE terhadap persiapan dan persediaan LLM bersama syarikat konsesi menghadapi peningkatan trafik sempena Aidiladha. 

Turut hadir Pengerusi LLM, Datuk Seri Jalaluddin Alias; Ketua Pengarah LLM, Ir. Sazali Harun dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar.

Advertisements

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan LLM telah bersedia sepenuhnya untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya.

Katanya, syarikat konsesi lebuh raya telah diarahkan mengambil langkah proaktif bagi meminimakan kesan negatif peningkatan trafik.

“Syarikat konsesi memastikan tiada kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula 24 Jun  hingga 3 Julai, mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi pengguna Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

“Mengaktifkan laluan ‘smart lane’ atau laluan kontra di beberapa lokasi berdasarkan keperluan dan kesesuaian bagi menambah kapasiti dan melancarkan trafik, meningkatkan pengurusan pengoperasian dengan menambah sehingga 20 peratus petugas lebuh raya dan banyak lagi.

KKR dan LLM menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mengikuti TTA yang dicadangkan, mematuhi segala peraturan lalu lintas yang ditetapkan, memandu secara berhemah dan memastikan kenderaan dalam keadaan yang baik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan