26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Amanah berat bela peneroka Felda – Ahmad Shabery

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pelantikannya sebagai satu amanah yang berat dalam membela nasib warga peneroka.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Shabery berkata, beliau dengan rendah diri berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui Felda.

“Bagi saya, ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang berat untuk membela dan memajukan warga peneroka, mengangkat Felda ke persada dunia, yang seterusnya akan memberi impak positif dalam pembinaan negara dan bangsa. 

“Ia tidak mungkin dicapai tanpa dokongan kuat dari kerajaan, warga Felda dan semua pihak yang terlibat dengannya,” katanya hari ini. 

Advertisements

Bekas Ahli Parlimen Kemaman itu dilantik sebagai Pengerusi Felda yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan perkhidmatan lebih awal berkuat kuasa 30 Jun ini.

Sementara itu, Ahmad Shabery turut merakamkan penghargaan kepada Idris atas segala jasa dan khidmat beliau kepada Felda. 

“Kami akan memperkukuh dan menambah baik legasi beliau demi kepentingan warga Felda keseluruhannya.

“Semoga Allah mempermudah dan memberkati usaha kita semua. Agar kami diberi kekuatan untuk menggalas tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan amanah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan