30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Boakye perkuat jentera serangan Selangor

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELANGOR mengikat penyerang kebangsaan Ghana, Richmond Boakye-Yiadom sekali gus melengkapkan sembilan kuota pemain import bagi musim ini.

Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, pengalaman luas yang dimiliki Boakye akan menguatkan lagi pasukan bagi menghadapi kancah saingan bola sepak tempatan musim ini.

“Selangor menandatangani Boakye kerana kita memerlukan beberapa pilihan pemain di bahagian serangan dan dalam masa yang sama, pengalaman luas beliau akan membantu pasukan beraksi dengan lebih baik.

“Saya juga melihat pengalaman beliau di luar negara akan menjadi satu contoh yang baik terutamanya kepada pemain muda dalam cara beliau menguruskan diri beraksi di negara orang.

“Saya berharap beliau akan dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini dalam masa yang terdekat. Walaupun menyertai pasukan di pertengahan musim akan menjadi sedikit sukar untuk beliau, tetapi saya yakin pengalaman beliau akan menambah kekuatan kepada pasukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Boakye bakal menyarung jersi nombor sembilan skuad Gergasi Merah.

Advertisements

Penyerang berusia 30 tahun itu memulakan karier bersama kelab Serie A, Genoa sebelum berhijrah ke beberapa kelab seperti Sassuolo, Atalanta, Elche, Red Star Belgrade, Jiangsu Suning, Lamia sebelum kelab terakhirnya, Al Akdar.

Sementara itu, Boakye berkata, dia bersedia memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan dan pada masa sama membuka ruang kepada pemain Ghana serta Afrika untuk beraksi di Malaysia.

“Saya akan berlatih bersungguh-sungguh, berikan komitmen yang besar kepada pasukan untuk mendapat kemenangan bersama. Bagi saya tanpa peminat, tidak wujudnya pasukan.

“Saya di sini untuk menjadi sebahagian daripada peminat dan kelab. Untuk mencipta sejarah dan meninggalkan legasi. 

“Saya juga berhasrat untuk membuka peluang membuat sesuatu yang lebih baik supaya pemain dari Ghana dan Afrika akan mempunyai lebih banyak peluang untuk bermain di sini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan