25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tun M tidak bertanding dalam PRN

Mesti Baca

TUN Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. 

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau akan memberikan sokongan aktif terhadap mana-mana gerakan untuk memperkukuh orang Melayu sempena PRN itu. 

“Saya tidak akan bertanding dalam pilihan raya, dan objektif saya bukan untuk menjadi perdana menteri lagi,” kata beliau pada sidang media di sini sekembalinya ke tanah air dari luar negara hari ini.  

Enam negeri akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Advertisements

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lalu, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang pula dibubarkan hari ini manakala DUN Negeri Sembilan akan dibubar pada 1 Julai.

Mengulas hasrat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas perdana menteri untuk berjumpa dengannya, Dr. Mahathir berkata, pertemuan hanya boleh dilakukan selepas Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok. 

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, akan bertemu Dr. Mahathir dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan