24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

DUN Negeri Sembilan dibubar 1 Julai ini – MB

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan secara rasmi pada 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Pembubaran DUN itu mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di Istana Hinggap hari ini.

Terdahulu, Aminuddin tiba di perkarangan istana pada pukul 10 pagi sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama.

Aminuddin dilaporkan telah mencadangkan Jumaat ini sebegai tarikh pembubaran DUN kepada Tuanku Muhriz membolehkan PRN diadakan.

“Pagi ini saya telah menghadap Tunku Mukhriz bagi mendapatkan perkenan tarikh pembubaran DUN yang ke-14. Alhamdulillah, Tuanku telah perkenan tarikh pembubaran pada 1 Julai ini.

Advertisements

“Ini selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Ceraian Dua Fasal 56 Bahagian yang Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Saya mohon pihak pejabat Speaker DUN dapat menyegerakan pemakluman rasmi tarikh pembubaran rasmi DUN ke-14 kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi ruang PRN diadakan serentak dengan lima negeri yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadap Tunku Mukhriz hari ini.

Negeri Sembilan memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi (DAP-11, PKR-enam, Amanah-tiga) diikuti Barisan Nasional (BN) 16 kerusi (UMNO-15 dan MIC-satu).

Sementara itu, pentadbiran kerajaan negeri akan berfungsi sebagai interim atau caretaker di mana segala fungsi kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kekal efisien. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan