26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Tiga DUN dibubar secara rasmi hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

DUN Pulau Pinang dibubarkan lebih awal berbanding tempoh matangnya pada 2 Ogos depan selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak semalam.

Sebanyak 40 kerusi bakal menjadi rebutan dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pakatan Harapan yang ketika itu bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang besar dengan 37 kerusi DUN.

Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang menyerahkan watikah pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Dr. Siti Nazariah Abdul Zalim semalam bagi membolehkan pilihan raya tersebut diadakan.

Sementara itu, DUN Terengganu turut dibubarkan secara rasmi hari ini, dua hari lebih awal daripada mandat yang sepatutnya tamat pada 30 Jun ini.

Advertisements

Susulan pembubaran itu, Kerajaan Negeri Terengganu ditadbir sementara oleh kerajaan caretaker sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.

Di Kedah pula, DUN bagi penggal ke-14 turut dibubarkan secara rasmi hari ini selaras dengan perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad lalu.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018 lalu menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan negeri selepas menang 18 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan negeri daripada PH pada 17 Mei 2020. 

PRN akan diadakan enam negeri dengan menjadi Negeri Sembilan negeri tunggal yang belum membubarkan DUN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan