Tuesday, June 16, 2026

Jaminan kebolehpasaran pelajar lulusan TVET lebih 97%

Dunia hari ini mengiktiraf TVET bukan lagi pilihan kedua bahkan bidang yang menjanjikan kerjaya dengan pendapatan lumayan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAMINAN kebolehpasaran pelajar Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah MARA yang tamat pengajian kini mencecah lebih 97 peratus.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana setiap program yang MARA tawarkan bukan sahaja sijilnya diiktiraf oleh pelbagai institusi antarabangsa, malah setiap program diadakan kerjasama secara langsung dengan pihak industri.

“Dunia hari ini mengiktiraf TVET bukan lagi pilihan kedua bahkan bidang yang menjanjikan kerjaya dengan pendapatan lumayan.

“Di Malaysia, MARA merupakan institusi terkehadapan dalam menawarkan pelbagai program TVET termasuk yang berteknologi tinggi seperti aerospace, robotik, MRO kapal terbang (maintenance, repair and overhaul), IOT (Internet Of Thing), IR4.0, kereta api.

“(Selain itu) kimpalan, elektronik, perkapalan, automotive, sehinggalah kepada bidang hospitaliti, kulinari, aspek pendawaian dan bakery,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Asyraf Wajdi berkata, TVET MARA menerusi Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) menawarkan pelbagai bidang kemahiran bermula peringkat sijil hingga diploma kepada pelajar lepasan SPM 2022.

Tambahnya, pembiayaan pengajian termasuk elaun sara hidup bulanan disediakan.

“Syarat am kemasukan hendaklah warganegara Malaysia, bertaraf Bumiputera, berumur 17 tahun ke atas, lulus SPM dan setara serta sihat tubuh badan.

“Permohonan kemasukan bagi sesi Julai 2023 kini dibuka! Jom bina masa depan anda bersama TVET MARA yang memberi jaminan kebolehpasaran graduan melebihi 97 peratus,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan