26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Razarudin dilantik Ketua Polis Negara baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun berkuatkuasa 23 Jun 2023 sehingga 22 Jun 2025.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelantikan beliau secara kontrak selepas bersara diperkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Razarudin, 61, menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Advertisements

Dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan Kontinjen.

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik Timbalan Ketua Polis Negara.

Beliau memulakan tugas pada1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di daerah Muar, Johor.

Sementara itu, Saifuddin berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa Jumaat ini- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan