Thursday, June 4, 2026

Kematian pelajar di Manjung tiada kaitan kes buli – Polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menafikan kematian pelajar berusia 15 tahun di Hospital Seri Manjung di sini, Sabtu lalu disebabkan dengan kes buli.

Sebaliknya, kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata, laporan oleh pegawai perubatan hospital mengesahkan punca kematian pelajar itu adalah ‘alute massive pulmonary embolism‘ atau darah beku tersumbat pada paru-paru.

“Kita menolak kemungkinan kematian pelajar berkenaan mempunyai kaitan dengan kes buli.

“Susulan kejadian ini, polis membuka satu kertas siasatan mati mengejut untuk siasatan lanjut dan orang awam dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Berdasarkan maklumat, pelajar Tingkatan Tiga itu dikatakan pengsan sewaktu kelas subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) di sekolahnya pada pagi Jumaat lalu, sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Mohamed Nordin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 4.38 petang semalam.

Siasatan awal, katanya, mendapati pelajar itu hadir ke sekolah Jumaat lalu dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami kesakitan pada di kaki dan berjalan menggunakan tongkat.

“Pihak sekolah menghubungi ibu bapa pelajar kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu bagi memaklumkan keadaan itu sebelum mereka memutuskan untuk membawanya pulang ke rumah.

“Berikutan keadaannya masih tidak sihat, pelajar itu dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan di Unit Kecemasan sebelum dipindahkan ke Unit rawatan Rapi (ICU) jam 10.10 malam.

“Bagaimanapun, pada jam 12.06 tengah malam Sabtu, pihak hospital memaklumkan pelajar berkenaan meninggal dunia di bilik ICU Hospital Seri Manjung,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan