25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Gadis Wechat diberkas Imigresen Melaka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia Negeri Melaka telah menahan seramai 19 orang warganegara asing dalam “Ops Gegar” dan “Ops Sapu” yang dilaksanakan di sekitar Melaka Raya dan Krubong, Melaka semalam.

Pengarahnya, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, bertindak atas risikan yang telah dijalankan, anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Melaka telah menyerbu beberapa buah hotel budget sekitar Melaka Raya dalam “Ops Gegar” .

“Pemeriksaan menyeluruh telah dibuat ke atas bilik-bilik hotel yang didiami oleh wanita warga asing yang dipercayai menawarkan aktiviti tidak bermoral melalui aplikasi “wechat” dengan bayaran antara RM230 hingga RM270.

“Anggota operasi juga terpaksa memecah pintu beberapa bilik kerana kengganan penghuninya untuk membuka pintu semasa pemeriksaan dijalankan.

“Ada diantara wanita warga asing ini cuba menyembunyikan diri mereka namun dapat ditemui oleh anggota operasi.

“Hasil pemeriksaan, telah menahan lapan orang wanita warganegara asing yang terdiri daripada lima orang wanita warganegara Vietnam dan tiga orang wanita warganegara Thailand,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, kesemua wanita warga asing yang berumur antara 27 tahun hingga 33 tahun berkenaan telah ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Turut diperiksa semasa operasi adalah lima orang warganegara Malaysia yang turut berada ditempat kejadian,”katanya.

Advertisements

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi seterusnya “Ops Sapu”, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Melaka telah menyerbu penempatan pekerja asing yang terletak di sebuah tapak pembinaan taman perumahan di Krubong, Melaka.

Katanya, pemeriksaan secara menyeluruh telah dibuat ke atas rumah-rumah kongsi yang didiami oleh warga asing yang dipercayai bekerja di kawasan tapak pembinaan tersebut.

“Seramai 41 orang warga asing, lapan orang Penduduk Tetap Malaysia dan seorang warganegara Malaysia telah diperiksa di tempat kejadian.

“Ada warga asing yang cuba melarikan diri semasa operasi dijalankan, namun telah berjaya diberkas oleh anggota operasi.

“Hasil dari pemeriksaan telah berjaya menahan seramai 11 orang lelaki dewasa warga asing yang berumur antara 21 tahun hingga 47 tahun yang terdiri daripada dua lelaki warganegara Myanmar, empat lelaki warganegara Indonesia, empat lelaki warganegara Nepal dan seorang lelaki warganegara Bangladesh.

“Kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,”katanya.

Katanya, kesemua tahanan dari kedua-dua operasi dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Melaka, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh untuk siasatan lanjut.

Operasi yang tamat pada jam 2 pagi disertai dengan kekuatan seramai 74 orang anggota dan pegawai kanan Imigresen dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan