27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bekas pemain bola sepak ditahan ceroboh bilik hotel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan polis kerana didapati menceroboh bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita menyatakan biliknya diceroboh bekas pemain bola sepak itu.

“Berlaku perselisihan faham antara pengadu dan bekas pemain bola sepak itu sebelum wanita berkenaan meninggalkan hotel terbabit untuk menyelamatkan diri.

“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, suspek berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

Advertisements

“Suspek juga sudah direman di Mahkamah Petaling Jaya bermula semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Mohamad Fakhrudin berkata, kes di siasat mengikut seksyen 448 kanun keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebaran perbuatan jenayah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan