27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bomba selamatkan wanita gastrik ketika mendaki

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pendaki wanita diselamatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat setelah mengalami sakit perut akibat gastrik ketika sedang mendaki Bukit Botak Bandar Puncak Alam bersama bapa saudaranya hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam orang.

Advertisements

“Setiba dilokasi mendapati, kejadian membabitkan wanita berusia 27 tahun mengalami sakit perut dipercaya serangan gastrik.

“Wanita berkenaan tidak mampu berjalan ketika mendaki bersama bapa saudaranya.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun pihak bomba menggunakan alat pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan