26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PRN dijangka diadakan Ogos depan – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PILIHANRAYA Negeri (PRN) di enam negeri dijangka diadakan sekitar Ogos depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, PRN selewat-lewatnya akan diadakan pada bulan berkenaan.

“Saya minta kerjasama kawan-kawan semua, bagi sokongan kerana negeri ini akan ada pilihan raya (pada) Ogos. Mesti ada pilihan raya selewat-lewatnya Ogos, mesti pilihan raya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama masyarakat India di Nilai, Negeris Sembilan, hari ini.

Justeru, beliau menyeru pengundi khususnya di Negeri Sembilan untuk terus memberi mandat kepada PH dan Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir dan menerajui negeri berkenaan selepas PRN kelak.

Advertisements

“Jadi, ini negeri (Negeri Sembilan), semua kaum ada. Ini negeri Melayu, India, Cina. Kalau orang datang bawa kempen seolah-olah ini negeri India saja punya ke, Melayu saja punya ke, dia salah.

“Kita kena jaga negeri ini supaya boleh jaga semua kaum. (Setiausaha Agung DAP), Anthony Loke kata ada orang tunggu (mahu ambil alih kerajaan negeri), dia boleh tunggu.

“Tapi kalau mahu selamat ini negeri, mahu jaga ini negeri, mahu semua kaum kita jaga, kamu (rakyat) mesti jaga PH dan Kerajaan Perpaduan,”katanya.

Anwar berkata, Negeri Sembilan perlu kekal di bawah teraju Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan lebih banyak manfaat bantuan serta pembangunan diraih penduduk negeri ini.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan