25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Awtar usah meraban, renung kenyataan Azalina

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

KETUA Penerangan MIC Selangor, Awtar Singh tidak sepatutnya sentap dengan kenyataan Datuk Seri Azalina Othman.

Sebaliknya beliau sebagai pemimpin senior sepatutnya merenung balik apa yang dinyatakan Ketua Penerangan UMNO tersebut.

Baik MIC mahupun MCA renung-renungkanlah. Jika tanpa ada jentera UMNO dan sokongan orang Melayu apakah calon-calon mereka dapat memenangi hati pengundi selama ini?

Apa yang dikatakan oleh Azalina itu ada benarnya memandangkan MIC dan MCA banyak bergantung kepada pengundi Melayu.

Lihatlah di mana para pemimpin kedua-dua parti itu meraih kemenangan, semuanya di majoriti Melayu dan atas usaha gigih jentera UMNO.

MCA dan MIC usah mendabik dada kerana kenyataannya tanpa sokongan Melayu dan UMNO sudah tentu kedua-dua parti itu tidak ke mana.

Lihat pula kawasan-kawasan majoriti bukan Melayu yang ditandingi, langsung tidak mempunyai peluang dan ruang.

Apa puncanya? Jika jentera mereka benar-benar kuat sudah pasti mereka mampu meraih kemenangan atau setidak-tidaknya dapat bersaing. Tapi realitinya calon-calon MCA dan MIC langsung tidak diberi peluang oleh pengundi.

Awtar usah pula mengilas tangan UMNO dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap parti sekutunya sedangkan UMNO-lah banyak berkorban demi kemenangan Barisan Nasional (BN) termasuk parti-parti rakan komponen.

UMNO telah korbankan kawasan majoriti Melayu untuk memberi laluan kepada calon dari MCA atau MIC bagi memastikan mereka menang. Contohnya di Tanjung Piai.

Advertisements

Usah diungkit soal tindakan Hishammuddin Hussein yang menghunus keris atau Khairy Jamaluddin yang hanya tau ‘sembang’ di radio atau apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa beliau menjadi Menteri Besar dahulu.

Itu semua adalah cerita lama walhal para pemimpin UMNO yang disebutkan Awtar sudah tidak lagi berada dalam saf kepimpinan UMNO atau sudah berada di luar parti.

Hishammuddin sudah digantung keahlian selama 6 tahun manakala Khairy pula sudah dipecat keahliannya. Khir pula sudah lama tidak aktif dalam politik.

Lalu apa sebenarnya Awtar mahu?

Sebagai Ketua Penerangan MIC Selangor sepatutnya Awtar cermin diri dan lihat kekuatan jentera partinya untuk mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tidak berapa lama lagi.

Beliau sepatutnya menyusun gerak kerja bagi bersama-sama parti di bawah Kerajaan Perpaduan untuk mempertahankan Selangor dan memastikan calon-calon BN khususnya MIC sendiri memenangi PRN nanti.

Tidak guna ungkit mengungkit kisah lama dan usah bersikap seperti parti lawan melainkan sudah tidak yakin dengan kepimpinan BN yang ada.

Buat masa ini berhati-hatilah dalam berbicara kelak ia merugikan parti sendiri. Usah tembak kaki sendiri, bro!

Renung-renungkanlah!

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan