29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mohon maaf boleh hapuskan syak wasangka – Mohamad

Bagaimanapun perkara itu tidak mahu diperbesarkan kerana dilihat boleh membawa kepada keretakan hubungan dalam kalangan parti Kerajaan Perpaduan.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERMOHONAN maaf daripada DAP mampu menghapuskan syak wasangka dan kesangsian antaran parti itu dan UMNO.

Bagaimanapun, tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, beliau tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana dilihat boleh membawa kepada keretakan hubungan dalam kalangan parti Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tidak salah jika DAP memohon maaf kerana tindakan itu secara tidak langsung boleh memadam kesangsian dalam kalangan pemimpin dan ahli kedua-dua parti itu.

“Tidak ada salahnya adalah satu perkara yang baik jika DAP boleh membuat permohonan maaf kepada rakyat dan Kerajaan Negeri Sarawak. 

“Jadi ini untuk semua bagi menghapuskan syak wasangka dan juga kesangsian satu sama lain. Jadi, (apabila) Anthony (Loke) kata tidak perlu, itu terpulang masing-masing punya penilaian. 

Advertisements

“Kita tidak pula mahu isu ini menjadi sebagai punca kepada keretakan kerajaan perpaduan,” katanya ketika melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagang Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Sementara itu, Mohamad berharap ahli UMNO supaya tidak terganggu dan terpengaruh dengan kata-kata negatif yang dilemparkan orang luar sama ada parti lawan mahupun mereka yang dipecat atau digantung.

“(Kita) Tidak mampu lagi berselisih, berpuak-puak, sindir-menyindir antara satu sama lain. Jika ada cadangan dan pandangan untuk kebaikan parti atau menegur parti gunakan saluran yang ada dalam parti untuk kita bincangkan dan perbaiki segala kelemahan.

“Kita ini organisasi tak lekang daripada kelemahan. Jika ada pandangan salurkan melalui saluran parti,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan