26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Wujudkan semula Kementerian Wilayah – Gulam Muszaffar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WAKIL UMNO Wilayah Persekutuan mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memastikan ketiga-tiga wilayah dapat ditadbir sama seperti kerajaan negeri lain.

Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, pemansuhan kementerian itu menyebabkan rakyat di wilayah tidak dapat menikmati peruntukan seperti sebelum.

Mencadangkan nama Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, beliau berkata, pemimpin itu merupakan calon terbaik bagi menerajui Wilayah Persekutuan.

“Kami ini seperti warga yang telah direntapkan kemerdekaan kerana Kementerian Wilayah dimansuhkan di bawah Kerajaan Perpaduan. 

“Kita di wilayah tak rasa lagi kebersamaan dalam Kerajanan Perpaduan, berbanding dengan Perak, Pahang, Melaka, wilayah ini kita tak rasa. Sedih kita, sudahlah tak ada peruntukan,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yakin sekiranya kementerian itu diwujudkan semula dan ditadbir oleh Johari sudah pasti semua rakyat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan mendapat manfaatnya.

“Walhal Datuk Jo (Johari) last man standing di Wilayah Persekutuan, Selangor. Bagilah tempat dalam kerajaan, tahulah (apa) dia nak buat. 

“Bukan setakat wilayah, saya yakin kalau Datuk Jo (Johari) ini (mengetuai kementerian), semua orang merasa tempias daripada tangannya. Kementerian Wilayah kena wujudkan,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan