30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Pelatih akademi FC Malaga City perkuat Kelantan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN berusaha memperkuatkan pasukan bagi pusingan kedua kempen Liga Malaysia musim ini apabila menyambar khidmat pemain akademi FC Malaga City, Allee Putra Azril.

Pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham berkata, pemain muda berusia 18 tahun itu merupakan anak kelahiran Bachok dan pernah beraksi selama dua musim di kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu.

“InshaAllah… Allee Putra Azril akan bersama di musim kedua Kelantan FC. Anak kelahiran Bachok, Kelantan yang pernah berada selama dua tahun di akademi FC Malaga City Akademi, Sepanyol.

“Beliau selesa bermain di bahagian midfield (tengah) dan mudahan boleh membantu TRW nanti. Kita sama-sama doakan kejayaan beliau dan pasukan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Anak kelahiran Kampung Chabang Tiga Malawi, Bachok itu memulakan karier dengan menyertai program Football Smart Intelligent (FSI) sebelum menyertai Akademi FC Malaga City pada 2020.

Pemain muda itu turut beraksi di beberapa peringkat umur dari skuad bawah 17 tahun (B-17) sehingga B-23.

Kelantan ketika ini mengharungi kempen yang sukar di Liga Super apabila berada di dasar liga selepan hanya mengutip empat mata dalam 14 perlawanan.

Skuad The Red Warriors itu hanya mencatat satu kemenangan dan satu seri musim ini sekali gus mencetuskan tanda tanya kemampuan kelab itu untuk terus kekal bersaing dalam saingan tertinggi bola sepak tempatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan