26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Liga Super: JDT kekal rekod kemenangan 100 peratus

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus gah di persada Liga Super selepas menundukkan Terengganu 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi.

Tiga mata yang di bawa pulang malam tadi meletakkan JDT unggul di puncak dengan 42 mata, hasil kemenangan 100 peratus dalam aksi Liga Super musim ini.

Skuad Harimau Selatan itu dilihat sukar digugat apabila kini memiliki jurang 11 mata berbanding pasukan di tangga kedua, Selangor yang mengutip 31 mata.

Aksi Kuala Terengganu menyaksikan perlawanan berlangsung seimbang pada babak pertama dengan tuan rumah hampir membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi larian menarik dari sayap kanan, melepasi kawalan dua pemain pertahanan namun percubaannya sedikit melewati palang.

Fernando Forestieri membuktikan kenapa dia kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super apabila meledak gol pada minit ke-20 menerusi satu sepakan akrobatik yang menewaskan Suhaimi Husin.

Tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-28 menerusi satu sepakan percuma cantik Sony yang tidak terjangkau Syihan Azmi di gawang JDT.

Advertisements

JDT dihadiahkan sepakan penalti sebelum berakhir babak pertama selepas Sony didapati menyepak kaki Arif Aiman Hanapi di dalam kawasan penalti.

Bergson da Silva tidak berdepan masalah menyempurnakan sepakan sekali gus menjadikan kedudukan 2-1.

Terengganu terpaksa beraksi dengan 10 pemain, enam minit selepas rehat apabila Argzim Redzovic dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Forestieri.

Tuan rumah terus dirundung malang apabila seorang lagi pemain dibuang padang, kali ini giliran Ivan Mamut yang dilayang kada merah kerana menyiku Feroz Baharudin.

Kelebihan beraksi dengan dua pemain dimanfaatkan pelawat apabila memperoleh gol ketiga pada minit keempat masa kecederaan menerusi sepakan kencang Endrick dos Santos sekali gus memastikan kemenangan 3-1 milik JDT. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan