25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Liga Super: Sri Pahang lakar kebangkitan dramatik

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SRI Pahang menjaringkan tiga gol dalam 10 minit terakhir termasuk masa kecederaan untuk mencatat kemenangan dramatik 4-3 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Pelawat mendahului seawal minit kelapan apabila Harold Goulon melompat tinggi menanduk masuk sepakan penjuru bagi menggegar gawang bekas majikannya.

Shahrel Fikri menggandakan jaringan buat Negeri Sembilan apabila melakukan penyudah sempurna dari dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Casagrandre pada minit ke-15.

Sri Pahang menyamakan kedudukan sepakan penalti Stefano Brundo pada minit ke-23 selepas Baqiuddin Shamsudin dijatuhkan ketua pasukan, Nasrullah Haniff dalam kawasan penalti.

Advertisements

Bagaimanapun, Negeri Sembilan kembali membuka jurang seminit kemudian menerusi sepakan deras penyerang, Casagrande.

Kebangkitan Sri Pahang hanya bermula pada minit ke-80 apabila David Rowley mudah menanduk masuk hantaran lintang Kpah Shermann untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Brundo menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-90 menerusi sepakan percuma cantik yang menuju ke sebelah kanan gawang Negeri Sembilan yang dikawal Sikh Izhan Nazrel.

Shermann menggamatkan suasana di Stadium Darul Makmur menerusi jaringan pada minit keempat waktu kecederaan sekali gus memberikan tiga mata buat Sri Pahang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan