27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 21, 2023

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

Mesti Baca

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.

Pindaan itu melibatkan tiga Fasal Utama iaitu Fasal 5, Fasal 10 dan Fasal 18 yang menyentuh soal pendaftaran keahlian dan tanggungjawab Majlis Tertinggi (MT).

Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan pindaan itu berkata, semua perkara berkaitan keahlian parti akan dipindah ke dalam satu peraturan baharu yang akan dikeluarkan oleh MT.

“Pindaan ini dicadangkan untuk menambah baik, memperkemas dan memudahkan proses permohonan keahlian.

“Ini kerana peraturan berkaitan keahlian UMNO seperti juga peraturan parti lain akan lebih mudah untuk dikemas kini atau dipinda apabila wujud keperluan,” katanya.

Beliau berkata, apabila peraturan itu berada di bawah kuasa MT, sebarang pindaan dan kemas kini keahlian tidak memerlukan pindaan Perlembagaan UMNO.

Perhimpunan Agung UMNO 2023 membabitkan 2,891 perwakilan dari 189 bahagian serta sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu. – BERNAMA

Terkini

Caprice nafi bayar Mondy demi ‘content’

PENYANYI rap, Caprice, menafikan dia membayar pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto demi content atau menjatuhkan mana-mana individu. Caprice berkata, dia sudah memberi keterangan...

Lagi Artikel Berkaitan