32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Maritim Malaysia rampas 25 set bubu naga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak merampas sebanyak 25 set bubu naga di sekitar 3.1 batu dari Tanjung Hantu, Perak sekitar pukul 10.35 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, kewujudan bubu naga di sekitar perairan berkenaan dikesan bot peronda ketika melakukan rondaan Op. Sayong, Op. Pintas dan Op. Tiris.

Beliau berkata, kesemua 25 set bubu naga yang ditemukan itu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Negeri Perak untuk tindakan lanjut. 

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana memasang atau menyebabkan pemasangan apa-apa belat ikan, peralatan perikanan atau peranti menggumpul ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan.

Advertisements

“Penggunaan bubu naga secara berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab di perairan Perak boleh menganggu habitat marin untuk jangka masa panjang,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Hambali, sekiranya kegiatan penggunaan bubu naga itu masih diteruskan, populasi habitat marin akan terjejas.

Justeri, beliau meminta orang ramai khususnya nelayan yang mempunyai maklumat berhubung salah laku tersebut melaporkan kepada pihaknya.

“Sebarang maklumat atau aduan mengenai salah laku seperti pemasangan bubu naga dan kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh segera menghubungi Pusat Operasi (Pusop) Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk tindakan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kilang proses ‘e-waste’ didalangi warga asing diserbu, 33 ditahan

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik atau e-waste yang didalangi warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan