31 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Empat nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana didapati menceroboh perairan negara.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot nelayan itu ditahan di sekitar 45 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada pukul 12 tengah hari, kelmarin.

Katanya, KM Burau mengesan bot berkenaan berada di perairan Malaysia sebelum mereka ditahan bagi tujuan pemeriksaan.

“Pemeriksaan awal mendapati bot terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran dan disyaki menangkap ikan di perairan Malaysia. 

“Seramai empat kru warga Indonesia termasuk tekong berusia lingkungan umur 20 hingga 40 tahun berada di atas bot ketika diperiksa.

Advertisements

“Pemeriksaan dokumen kru serta tekong mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah untuk memasuki perairan Malaysia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, kesemua kru kemudiannya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki suatu pas yang sah.

“Bot, kru serta 20 kilogram ikan campur dirampas dan diiring ke jeti Limbungan Batu Maung, Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

“Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan maklumat ke MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146 untuk maklum balas segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan