28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Euro B-21: England, Perancis mula dengan kemenangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ENGLAND memulakan kempen Kejohanan Eropah (Euro) Bawah 21 Tahun (B-21) dengan rentak kemenangan apabila menundukkan Republik Czech 2-0 awal pagi tadi.

Skuad muda Three Lions itu tidak pernah menang perlawanan pembukaan dalam tempoh 14 tahun selepas kali terakhir melakukannya pada 2009.

Gol-gol England dijaringkan oleh pemain tengah Aston Villa, Jacob Ramsey dan pemain sayap Arsenal, Emile Smith-Rowe sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga.

England diletakkan dalam Kumpulan C dan kini berada di tangga teratas selepas satu lagi aksi menyaksikan Jerman terikat 1-1 dengan Israel.

Advertisements

Sementara itu, Perancis turut melakar kejayaan dalam aksi sulung mereka apabila menewaskan Itali 2-1 di Cluj Arena, awal pagi tadi.

Arnaud Kalimuendo meletakkan skuad muda Les Blues di depan pada minit ke-22 sebelum Itali bangkit menyamakan kedudukan menerusi sentuhan penyudah penyerang, Pietro Pellegri pada minit ke-36.

Penyerang Lyon, Bradley Barcola muncul wira Perancis apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-62.

Anak buah Sylvain Repoll itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan Sevilla, Loic Bade di buang padang pada minit ke-83 namun itu tidak menghalang Perancis daripada mengutip tiga mata penuh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan