31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Chelsea beli saham majoriti Strasbourg

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA melengkapkan pembelian kelab Ligue 1, Strasbourg dalam usaha membina model jaringan pelbagai kelab di bawah satu syarikat.

Mengambil contoh City Group dan Red Bull yang memiliki beberapa kelab di seluruh dunia, Chelsea menerusi syarikat induknya, BlueCo mengesahkan pembelian kelab Perancis itu.

Pemilik bersama, Todd Boehly dan Clearlake Capital Consortium dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa kelab lain di Belgium, Portugal, Brazil serta mempertimbang membeli kelab seteru Strasbourg.

Strasbourg menamatkan saingan Ligue 1 di tempat ke-15 musim lalu.

Chelsea bagaimanapun tidak memaklumkan berapa peratus saham yang dibeli namun laporan dari Perancins mendakwa pemilik The Blues membeli keseluruhan kelab dengan harga RM386.4 juta.

Advertisements

Presiden Strasbourg, Marc Keller pula dikekalkan jawatannya susulan pengambil-alihkan kelab dan akan menjalankan operasi kelab sendiri.

Dengan pembelian saham majoriti, kelab itu berharap dapat memperkukuhkan pasukan dan menaik taraf infrastruktur kelab sekali gus dapat mencapai kedudukan lapan teratas Ligue 1.

“Merupakan satu penghargaan apabila dapat menjadi sebahagian daripada kelab bersejarah ini. Kami komited untuk mengekalkan sejarah Racing (Strasbourg) dan terus fokus dengan apa yang Marc (Keller) lakukan.

“Ini merupakan pelaburan strategik kami dalam bola sepak Eropah, bersama pemilikan Chelsea. Kami percaya ini akan mencipta peluang besar bagi berkongsi pengetahuan dan kepakaran,” kata BlueCo menerusi kenyataan hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan