26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Isu ekonomi, kos sara hidup fokus PN dalam kempen PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU yang membelenggu rakyat terutama ekonomi dan kos sara hidup menjadi fokus bagi Perikatan Nasional (PN) pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN tidak akan sama sekali menggunakan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) untuk meraih sokongan

“Isu 3R sudah disentuh banyak kali sebelum ini dan ketika ini tumpuan perlu diberikan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat malah gabungan parti Bersatu, Pas dan Gerakan ini sudah pun memulakannya.

“Agenda kita jelas. Ia bukan mengenai isu kaum dan agama, kita melayan semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

“Ia mengenai apa yang penting kepada rakyat, terutama ketika ini apabila rakyat berasakan Kerajaan Perpaduan tidak melakukan banyak (untuk membantu) dan sesetengahnya mengatakan mereka (kerajaan) gagal melaksanakan janji dalam manifesto mereka.

Advertisements

“Kita fokus kepada apa yang membimbangkan rakyat ketika ini, seperti bagaimana kita menyelesaikan isu inflasi, kos sara hidup, kenaikan harga barang dan perkhidmatan serta membantu perniagaan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PN di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau.

Sebelum ini, timbul kritikan segelintir pihak menjangka PN akan menjadikan isu 3R sebagai agenda utama pada PRN kelak, terutama di kawasan majoriti Melayu.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan