27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Terengganu akan jadi ‘Kelantan kedua’ – Ahmad Said

Rakyat Terengganu perlu menukar undi kepada Barisan Nasional demi pembangunan dan kemajuan negeri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAKYAT Terengganu perlu bijak beralih undi kepada Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan negeri itu terus ketinggalan dan seterusnya menjadi ‘Kelantan kedua’.

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, contoh jelas dapat dilihat di Kelantan apabila Pas yang mentadbir Kelantan lebih 30 tahun gagal membawa pembangunan di negeri tersebut.

Justeru itu, BN merupakan parti yang relevan dalam memastikan Terengganu terus kekal membangun dan mapan.

“Maknanya tiada membangun, tiada apa tapi orang Kelantan tidak mengapa, dia boleh cari kerja di Kuala Lumpur. Kebanyakan orang Terengganu tak berapa keluar (berhijrah), jadi mangsa (kurang pembangunan dan peluang pekerjaan).

“Kelantan air kuning berapa puluh tahun sudah, 30 tahun lebih, tak selesai lagi tidak menjadi masalah kepada orang Kelantan. Anak orang Kelantan berkerja di Kuala Lumpur, balik undi Pas selalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) BN peringkat negeri Terengganu di Alor Limbat, Marang malam tadi.

Advertisements

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu menyaksikan Pas merampas Terengganu daripada BN dengan majoriti mudah apabila menang 22 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan sementara BN hanya 10 kerusi.

Ahmad berkata, BN menagih kepercayaan dan mengharapkan pengundi Terengganu mengembalikan mandat pemerintahan kepada mereka.

Tambah beliau lagi, pelbagai pembangunan dan kebajikan rakyat negeri itu sudah dirancang BN bagi mengelakkan daripada terus ketinggalan.

Katanya, pentadbiran kerajaan negeri dan pusat perlu diselaras bagi memastikan lebih banyak peruntukan disalurkan ke Terengganu.

“Sebab itu kita nak supaya pengundi yang menyokong Pas untuk Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beri balik (kepercayaan) kepada BN.

“BN (juga) boleh capai kemenangan sekiranya 20 peratus ahli UMNO yang menyokong Pas (pada PRU-15) kembali menyokong,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan