32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Rusli dilantik semula Pengerusi Eksekutif SKM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) melantik semula Rusli Jaafar sebagai Pengerusi Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu sehingga 31 Mei 2025.

SKM menerusi kenyataan memaklumkan, pelantikan berkenaan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, pelantikan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).

“Rusli telah berkhidmat di SKM selama 30 tahun bermula di Jabatan Pembangunan Koperasi lagi.

Advertisements

“Sepanjang tempoh tersebut, beliau memegang jawatan sebagai pengarah di beberapa bahagian ibu pejabat dan negeri sehinggalah di peringkat pengurusan tertinggi SKM,” katanya hari ini.

Rusli sebelum ini pernah menyandang jawatan tersebut berkuat kuasa 1 Disember 2022 sebelum bersara wajib pada 3 Mac lalu.

SKM berkata, penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Datuk Ewon Benedick.

“Dengan pelantikan ini, Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja SKM mengucapkan tahniah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan