26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 12, 2024

Wong Tat Meng jurulatih baharu Zii Jia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JAGUH perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memilih bekas jurulatih negara, Wong Tat Meng untuk melatihnya selepas tujuh bulan bergerak solo.

Perkara ini diumumkan secara rasmi menerusi media sosial rasmi Zii Jia, Team LZJ hari ini yang mengesahkan Tat Meng sebagai jurulatih terbarunya.

Pemilihan Tat Meng dibuat selepas kontrak pengendali sebelum ini, Indra Wijaya ditamatkan pada November lalu.

“Suka citanya kami ingin mengumumkan Encik Wong Tat Meng sebagai pengarah kejurulatih yang baru untuk Team LZJ.

Advertisements

“Tat Meng membawa banyak pengalaman daripada tugasan kejurulatihannya bersama skuad kebangsaan Malaysia, Indonesia, Scotland, Korea Selatan dan baru-baru ini Hong Kong.”

“Beliau akan mula bekerja dengan Lee Zii Jia sebaik sahaja proses untuk berpindah dari Hong Kong ke Malaysia diselesaikan,” kata kenyataan itu di laman Twitter.

Tugasan awal Tat Meng adalah untuk menyesuaikan program yang akan membantu Zii Jia mencapai prestasi yang konsisten, meningkatkan kedudukan dalam ranking dunia dan layak ke Sukan Olimpik 2024.

Dalam pada itu,kenyataan tersebut turut melaporkan Daren Liew akan terus bersama barisan kejurulatihan LZJ untuk mengimbangi pasukan tersebut dengan kehadiran pemain berpengalaman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sijil halal: DPIM sokong tapi laksanakan secara berperingkat

DEWAN Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) menyambut baik cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Lagi Artikel Berkaitan