24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rara antara lapan MP dilantik Anggotai Ahli Jawatankuasa Khas Kesihatan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Bentong, Young Syefura Othman antara lapan individu yang dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa Khas (JK) Kesihatan bagi penggal Parlimen kali ini.

Kata Young Syefura, mesyuarat pertama JK Kesihatan telah diadakan pada Isnin untuk memilih pengerusi serta menetapkan perancangan dan fokus untuk jawatankuasa tersebut.

“Saya ingin merakamkan setinggi ucapan tahniah bekas Menteri Kesihatan dan merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dipilih sebagai pengerusi JK Kesihatan untuk penggal ini.

“Fokus JK Kesihatan adalah berkaitan dengan Kertas Putih Kesihatan dan Rang undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG),” katanya melalui ciapan Twitter.

Enam lagi anggota lain dilantik adalah Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan; Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew; Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran; Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.

Advertisements

Mengulas lanjut, Young Syefura yang lebih mesra dikenali sebagai Rara memaklumkan Kertas Putih Kesihatan merupakan satu isu besar sekali gus menjadi fokus utama JK Kesihatan kerana ia merangkumi pelbagai aspek kesihatan dalam negara.

Tambahnya, pelaksanaan kertas putih itu dilihat dapat menjadi reformasi kepada sistem kesihatan Malaysia yang lebih baik.

“Oleh itu perhatian yang khusus perlu diberikan untuk memastikan kertas putih ini bagi mencapai matlamatnya.

“Jika anda semua mempunyai isu-isu berkaitan dengan sistem kesihatan negara yang boleh diberikan perhatian dan siasatan oleh JK Kesihatan, anda boleh ajukan di ruangan komen,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan