26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KETENGAH tanggung pengajian Ainun Mardiah – Ahmad Said

Mesti Baca

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menziarahi sebuah keluarga miskin di Bukit Ara, Ajil, Hulu Terengganu.

Menurut bekas Menteri Besar itu, kunjungan beliau itu bagi menyampaikan bantuan seorang remaja yang tidak dapat meneruskan pelajaran di institusi pengajian tinggi ekoran masalah kewangan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu berkata, beliau telah mendapat berita bahawa salah seorang pelajar Kolej KETENGAH itu tidak dapat meneruskan pelajaran kerana mempunyai masalah kewangan dan beliau telah mengunjungi keluarga tersebut.

Advertisements

“Pagi tadi saya dimaklumkan, salah seorang pelajar Kolej KETENGAH Ainun Mardiah Mohd Lazim di Bukit Ara, Ajil tidak dapat meneruskan pelajaran atas faktor kewangan.

“Alhamdulillah pihak KETENGAH akan menyelesaikan tunggakan bayaran yuran dan adik Ainun Mardiah dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

“Semoga adik Ainun Mardiah sekeluarga dipermudahkan urusan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miiliknya hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan