27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024

RM420 juta kos adakan PRN di enam negeri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DEWAN RAKYAT diberitahu anggaran RM420 juta bakal dibelanjakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Mohd Said berkata, kos itu merangkumi pertambahan pusat mengundi berikutan peningkatan jumlah pemilih. 

“Sebagai langkah persiapan untuk menghadapi PRN, SPR akan mewujudkan lebih banyak pusat mengundi tambahan ke atas daerah mengundi mempunyai bilangan pemilih yang tinggi,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Menurut Azalina, SPR berada fasa siap siaga dengan mengemaskini urusan daftar pemilih dari semasa ke semasa.

Advertisements

PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dijangka diadakan pada Julai atau Ogos depan. 

Terdahulu, enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN di negeri masing-masing.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan antara enam Menteri Besar serta Ketua Menteri di ibu negara pada 22 Februari lalu. 

Tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kini dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), sementara Terengganu, Kedah dan Kelantan, dibawah teraju Perikatan Nasional (PN). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong titah siasatan segera, menyeluruh isu rumah amal GISBH

YANG di-Pertuan Agong,  Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta...

Lagi Artikel Berkaitan