25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Slot semakin hampir dilantik kendali Spurs

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGENDALI Feyenoord, Arne Slot dilaporkan semakin hampir dilantik sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspurs bagi menggantikan Antonio Conte.

Bagaimanapun, kata putus terletak di tangan Feyenoord jika ejen Slot, Rafaela Pimenta berjaya mengadakan rundingan dengan juara baharu Eredivisie itu.

Pengendali dari Belanda itu merupakan pilihan utama Pengerusi Spurs, Deniel Levy namun segalanya akan terungkai selepas pertemuan Pimenta dan Ketua Pegawai Eksekutif Feyenoord, Dennis te Kloese di Rotterdam hari ini.

Perbincangan itu dijangka sukar dan rumit dan sekiranya berjaya, Slot akan diumumkan sebagai pengurus baharu Spurs minggu hadapan.

Slot mempunyai klausa perpindahan bernilai RM28.3 juta namun syarat itu hanya boleh aktifkan pada musim panas depan.

Slot menjadi buruan kelab besar selepas kejayaannya mencipta sejarah membawa Feyenoord menjuarai liga dan difahamkan kelab Rotterdam itu hanya akan melepaskan pengurus mereka dengan pampasan melebihi RM56.6 juta.

Jika perbincangan mengikut apa yang dirancang, Slot dijangka membawa orang kanannya dari Crotia, Marino Pusic.

Spurs juga bakal menyaingi Liverpool bagi mendapatkan tonggak kreatif Feyenoord, Orcun Kokcu sebagai permulaan era Slot di utara London.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan