34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Kilang alat ganti kereta di Batu Caves musnah terbakar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kilang alat ganti kereta musnah dalam satu kejadian kebakaran di Taman Perindustrian Batu Caves, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 3.17 petang.

Katanya, seramai 24 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, BBP Rawang, BBP Sungai Buloh, dan BBP Petaling Jaya telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah kilang alat ganti kenderaan berkeluasan 15,000 kaki persegi, bangunan kelas A.

“Anggaran terbakar 100 peratus. Terdapat seorang mangsa cedera di tangan dan dirawat oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hafisham lagi, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 4.07 petang. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan